Thursday, October 28, 2010

Nafsu membeli n nafsu makan..

Dalam kemelut ekonomi nie dok terbayang-bayang purse semalam...cantiknya..harga pun sangat berbaloi-baloi..Ingin sangat nak beli..tapi bila mengingatkan yang ianya bukan satu keperluan maka ku pendam je rasa membuak2 dalam hati utk memiliki purse tu..tak pe la lagipun purse yang dok ada nie still elok lagi..tapi itu la dia nafsu..pantang tengok benda-benda cantik asyik nak beli je..nasib baik la aku ni bukan org kaya, banyak duit, banyak harta..boleh beli apa2 saja bila2 masa pun..huhu. Namun aku tetap bersyukur walaupun pada kebiasaannya aku tak dapat membeli barang-barang yang best, namun aku akan pastikan kebahagian tetap menjadi milik ku jua..(heheh)..tempat makan tetap diterjah..kuar lak ngan Yani n Kak Intan yang mmg suka makan..Kalo pegi mana-mana je tempat makan yang best akan dicari...so tidak heran la banyak tempat makan yang best kami tau (harga berpatutan n sedap)..Pantang bekumpul..bab2 makanan menjadi topik perbincangan..kalo masa poket tengah penuh je..tempat jauh pun kami sanggup dijejaki demi untuk memuaskan nafsu makan (tempat jauh yang tidak brapa jauh la)..Badan dah naik..bagai dipam-pam..tapi tak pe la..janji kami bahagia...

Wednesday, October 27, 2010

Rokok..Rokok...

Pegi kerja tadi saya dok dengar iklan dalam radio pasal nk bagi kesedaran kepada para perokok..kalo tak silap mesej yang sama disampaikan melalui iklan kat tv.."tunjukkan isyarat kepada perokok supaya jangan merokok dengan hanya meletakkan dua jari dibibir dan diikuti dengan isyarat jangan kepada perokok..BERKESAN KE???...nak gak tau..so saya try la buat kt opismate yang kebetulan merokok lepas makan tengahari tu..bila saya buat dia sengih je..buat2 tak tau...sebelum nie, gambar2 yg agak menakutkan, kesan dari pengambilan rokok diletakkan di kotak rokok..dengan harapan agar perokok2 nie takut dan ada kesedaran dengan bahayanya rokok nie..tapi rata2 buat tak kisah jerk..tak terkesan langsung..Apa lagi yang boleh dilakukan..naikkan harga, permintaan tetap ada, buat iklan yang menakutkan kesan dari merokok, dh buat dah tapi masih tak da kesedaran..mmmm.apa lagi yang boleh kita lakukan????????????ntah la...apa-apa lah..

Thursday, October 14, 2010

Kisah Hostel.......

Tak tau la story nie betul ke tidak..tapi member la crita..

Masa duduk kt hostel dulu..dia kena bangun awal2 pagi..sebab toilet tak banyak..so kena Q la tuk mandi tiap-tiap hari..Kekadang tu, tak sempat nak p breakfast sbb tak sempat nak mandi..Jadi, setiap hari dia ngan roomate akan bangun awal-awal pagi untuk pegi mandi sementara budak-budak lain belum bangun lagi..

Ada satu kali tu, time dia tengah period, dia rasa sakit perut sangat2 dan yang amat..so dia kejut la kawan tuk pegi mandi awal sikit dari biasa...disebabkan masalah kebocoran dan ketidakselesaan yang melanda, maka dia pegi dulu ke toilet tanpa menunggu member dia yang nampaknya agak liat tuk bangun pagi tu..

Sampai kat toilet yang terletak kat ujung bangunan hostel tiga tingkat tu, dia terus masuk dalam toilet...sunyi sepi je..sorang pun tak bangun lagi..tengah-tengah dok memerut kat toilet tu, tiba-tiba je bulu roma dia meremang..tapi dia kuatkan semangat..lagipun dia dh terdengar tapak kaki seseorang menuju kearah toilet..
Bila keluar dari toilet je, dia tengok roomate dia tengah gosok gigi kt sinki bertentangan ngan ngan sinki yang dia guna.."Nasib budak nie dh sampai..kalo tidak aku blah je..dah la lain macam je aku rasa dari tadi"..katanya dalam hati..

So..dia pun meneruskan aktiviti mencuci seperti biasa..seperti biasa dia akan cuci muka dulu..baru gosok gigi then mandi adalah perkara terakhir yang akan dia lakukan..tengah dok buka penutup pencuci muka, penutup terjatuh lak..so dia pun menunduk la tuk ambik..tanpa sengaja dia terpandang kearah kaki kawan dia yang tengah gosok gigi..

Hah!!!!Biar beteeekkkkkk!!!!!!!!dia nampak kaki kawan dia tak jejak pun kt bumi..ujung baju klawar tu tergantung atas lantai..APA?????tak da kaki...punya la dia mengelabah..tapi sambil2 kontrol lagi..dia ambik bakul sabun dan berkata kat "KAWAN" tu.."eh..aku pegi dulu ek"..Pas tu "KAWAN" tu jawab..."nak pegi dulu ke, dah tahu???"..apalagi..dia terus cabut lari..dan menggigil-gigil masuk bilik..

Rupa-rupanya roomate dia baru bangun tido dan tengah siap-siap nak follow dia p toilet...
JADI...Sapa yang kat toilet tu tadi sebenarnya???? Huhu..Dh memang sah2 "KAWAN" dari alam lain...

Selepas kejadian tu..dia telah merelakan diri tuk bercuti selama seminggu kerana demam panas..

Itu la dia..kisah dari seorang kawan kepada seorang kawan dan disampaikan kepada kawan-kawan...Tapi kalo crita pasal kisah seram kat hostel nie..macam2 kisah dan kejadian..Saya rasa rata-rata orang yang pernah duduk kat hostel mempunyai cerita tersendiri samaada yang pernah berlaku kepada diri mereka mahupun kengkawan mereka...

Takpe..nanti kita sambung lagi di coretan akan datang...

Bubuy...