Thursday, October 14, 2010

Kisah Hostel.......

Tak tau la story nie betul ke tidak..tapi member la crita..

Masa duduk kt hostel dulu..dia kena bangun awal2 pagi..sebab toilet tak banyak..so kena Q la tuk mandi tiap-tiap hari..Kekadang tu, tak sempat nak p breakfast sbb tak sempat nak mandi..Jadi, setiap hari dia ngan roomate akan bangun awal-awal pagi untuk pegi mandi sementara budak-budak lain belum bangun lagi..

Ada satu kali tu, time dia tengah period, dia rasa sakit perut sangat2 dan yang amat..so dia kejut la kawan tuk pegi mandi awal sikit dari biasa...disebabkan masalah kebocoran dan ketidakselesaan yang melanda, maka dia pegi dulu ke toilet tanpa menunggu member dia yang nampaknya agak liat tuk bangun pagi tu..

Sampai kat toilet yang terletak kat ujung bangunan hostel tiga tingkat tu, dia terus masuk dalam toilet...sunyi sepi je..sorang pun tak bangun lagi..tengah-tengah dok memerut kat toilet tu, tiba-tiba je bulu roma dia meremang..tapi dia kuatkan semangat..lagipun dia dh terdengar tapak kaki seseorang menuju kearah toilet..
Bila keluar dari toilet je, dia tengok roomate dia tengah gosok gigi kt sinki bertentangan ngan ngan sinki yang dia guna.."Nasib budak nie dh sampai..kalo tidak aku blah je..dah la lain macam je aku rasa dari tadi"..katanya dalam hati..

So..dia pun meneruskan aktiviti mencuci seperti biasa..seperti biasa dia akan cuci muka dulu..baru gosok gigi then mandi adalah perkara terakhir yang akan dia lakukan..tengah dok buka penutup pencuci muka, penutup terjatuh lak..so dia pun menunduk la tuk ambik..tanpa sengaja dia terpandang kearah kaki kawan dia yang tengah gosok gigi..

Hah!!!!Biar beteeekkkkkk!!!!!!!!dia nampak kaki kawan dia tak jejak pun kt bumi..ujung baju klawar tu tergantung atas lantai..APA?????tak da kaki...punya la dia mengelabah..tapi sambil2 kontrol lagi..dia ambik bakul sabun dan berkata kat "KAWAN" tu.."eh..aku pegi dulu ek"..Pas tu "KAWAN" tu jawab..."nak pegi dulu ke, dah tahu???"..apalagi..dia terus cabut lari..dan menggigil-gigil masuk bilik..

Rupa-rupanya roomate dia baru bangun tido dan tengah siap-siap nak follow dia p toilet...
JADI...Sapa yang kat toilet tu tadi sebenarnya???? Huhu..Dh memang sah2 "KAWAN" dari alam lain...

Selepas kejadian tu..dia telah merelakan diri tuk bercuti selama seminggu kerana demam panas..

Itu la dia..kisah dari seorang kawan kepada seorang kawan dan disampaikan kepada kawan-kawan...Tapi kalo crita pasal kisah seram kat hostel nie..macam2 kisah dan kejadian..Saya rasa rata-rata orang yang pernah duduk kat hostel mempunyai cerita tersendiri samaada yang pernah berlaku kepada diri mereka mahupun kengkawan mereka...

Takpe..nanti kita sambung lagi di coretan akan datang...

Bubuy...

No comments:

Post a Comment